Sunday, March 1, 2009

Salam Persahabatan

Lama dah aku nak berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan Kohort 5 UPSI dan rakan-rakan baru yang berhajat. Lama dah berjanji dengan rakan-rakan khas Usop Rompin hanya hari ini aku bertekat untuk mula menulis dan mencoretkan idea/bahan yang mungkin boleh kita kongsi bersama.

Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang telah berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah di UPSI atau mana-mana U dan rakan-rakan yang telah mendaftar atau yang telah memulakan sesi pengajian peringkat sarjana.

Untuk pengetahuan rakan-rakan aku dah pun dihantar balik ke sekolah. SK Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Sekolah lebih mencabar. Ingin lihat sekolah aku bolehlah layari http://sktgbunga.blogspot.com . Mohon bantuan dan nasihat daripada rakan-rakan.

Kita jumpa dilain waktu....

Assamualaikum.

4 comments:

  1. tahniah pak lah...hang memang cekap dan mengikut edaran zaman

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah bertambah rakan blog kita,Tahniah buat Cik Lah,saya yakin dengan kehebatan tuan GB baru En.Abdullah ,cuma belum ada pertambahan GB prempuan, cuma kak Zubaidah saje. Smgo Pak Lah kena pandai didik 3 GPK okeylah .sebab klu kiri kanan berfungsi dgn baik yg lain senang nak dibereskan.Banyak sekolah yg saya pergi GB dan GPK tidak sehaluan, GB mcam lipas kudung sedang GPK duduk diam, sbg e.g sekolah baru saya walau dapat angerah cemerlang katogori asli namun banyak perkara yg sukar ditangani kerana GB bersendirian merancang dan melaksana, Insya allah kejayaan di tanngan Pak Lah dan GB baru Usop. Jumpa di UPSI.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Lah.., Tahniah kerana hari ni dah bergelar GB. Semoga dapat menjadi GB yang Cemerlang. Memang tak dinafikan menjadi pentadbir tak sesenang menjadi Pegawai di Jabatan. Saya boleh membayangkan dan pernah merasai keperitan bertugas sebagai pentadbir. Tapi kepuasan lebih dirasai apabila kita menjadi peneraju kepada organisasi yang kita pimpin.

    Masalah membuat keputusan sering menimbulkan stress kepada seseorang pemimpin. Tetapi berbekalkan ilmu dan kemahiran yang kita telah pelajari serta pengalaman di jabatan, sudah pasti banyak dapat membantu. Mungkin peringkat awal ini memerlukan sedikit masa sebelum membuat sesuatu keputusan. Walaupun begitu ada banyak perkara kita boleh membuat keputusan segera berasaskan pengalaman sedia ada kita.

    Koordinat kerja dan kerja secara kumpulan adalah proses kerja yang lebih bermakna berbanding kita perah kepala berfikir sorang-sorang.

    ReplyDelete
  4. tahniah en lah....2 sahabat saya dah jadi GB
    lama tak dengar berita....en lah jadi GB memang kena bijak buat keputusan.Win-win situation yg terbaik...kan kan

    ReplyDelete