Tuesday, April 21, 2009

Terima kasih Faris

Saya mengucapkan terima kasih kepada kawan kita Faris kerana tidak melupakan kawan-kawan dalam sama-sama mengejar cita-cita.Tidak lupa juga kepada Sop Rompin yang sentiasa menulis dan mengingatkan rakan-rakan. Terima kasih Faris & Sop Rompin.

Wednesday, March 25, 2009

Tahniah... Tahniah... Tahniah












Sedih juga saya kerana pada 16 Mac 2009 iaitu hari Konvo kita hujan turun dengan lebat menyebabkan kita terperangkap kesesakan dalam dewan UPSI. Walaupun pada petang itu hujan rahmat. Saya duduk depan... berjalan keluar terlepas kat luar dewan... hanya jumpa beberapa pensyarah seperti Dr. Khuan, Apai, dan beberapa lagi mengucapkan terima kasih. Sedih kerana kita tidak dapat bergambar kenang-kenangan semasa konvo... entah jumpa atau tidak lepas itu.. Saya hanya sempat bergambar dengan beberapa rakan sahaja... yang lain mungkin sibuk dengan keluarga. Apa pun saya mengucapkan tahniah kepada semua rakan-rakan Kohort 5 Kumpulan A dan B kerana kita sama-sama telah berjaya menerima ijazah. Kepada rakan-rakan yang menyambung peringkat Sarjana teruskan saya mendoakan anda berjaya... kita boleh. Insayallah sya akan menyusul kemudian. Saya kena ambil Ijazah kat Mekah dulu... baru Sarjana di UPSI.

Thursday, March 5, 2009

Happy Birthday

Saya Pak Lah mengucapkan selamat menyambut hari lahir yang ke???? kepada Pn. Chin (Sabah) yang akan disambut pada 22 Mac, Pn. Halipah (Ikan Patin) pada 15 Mac dan Pn. Nafsiah pada 23 Mac 2009. Moga allah panjangkan umur, murahkan rezeki dan success dalam apa yang anda lakukan....

Monday, March 2, 2009

Kini Aku Bertugas


Assalamualaikum....

Nak tenggok sekolah aku....

Kini aku telah ditugaskan sebagai Guru Besar, di SK Tanjung Bunga yang terletak dijalan ke Batu Feringgi yang terkenal dengan pantai... Sekolah yang kecil aja.. setakat ni... dah 2 bulan aku bertugas banyak juga pengalaman baru yang ku lalui..... Masalah aku nak buat keputusan..... kalau kawan-kawan ada tip boleh lah email kat aku : nuanktr@gmail.com


Rakan-Rakan Kohort 5

Kepada rakan-rakan yang belum lagi menjawab soalan-soalan soal selidik Kementerian Pendidikan Tinggi bolehlah melayari alamat ini, http://graduat.mohe.gov.my/kpgv4/pengesananlogin.jsp rakan-rakan kena jawab mengikut arahanyang diberi.

Sunday, March 1, 2009

Salam Persahabatan

Lama dah aku nak berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan Kohort 5 UPSI dan rakan-rakan baru yang berhajat. Lama dah berjanji dengan rakan-rakan khas Usop Rompin hanya hari ini aku bertekat untuk mula menulis dan mencoretkan idea/bahan yang mungkin boleh kita kongsi bersama.

Tahniah dan syabas kepada rakan-rakan yang telah berjaya untuk mendapatkan segulung ijazah di UPSI atau mana-mana U dan rakan-rakan yang telah mendaftar atau yang telah memulakan sesi pengajian peringkat sarjana.

Untuk pengetahuan rakan-rakan aku dah pun dihantar balik ke sekolah. SK Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Sekolah lebih mencabar. Ingin lihat sekolah aku bolehlah layari http://sktgbunga.blogspot.com . Mohon bantuan dan nasihat daripada rakan-rakan.

Kita jumpa dilain waktu....

Assamualaikum.